Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah S.W.T saya berjaya memiliki laman blog ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang telah memberi bantuan dan khidmat untuk merealisasikan laman web ini. Terima kasih dan penghargaan kepada keluarga saya yang dikasihi kerana sokongan, galakan dan doa yang selama ini telah memberi keyakinan dan kekuatan kepada saya dalam menggerakkan bisnes internet ini. Alhamdulillah, saya merasa amat bersyukur kerana mendapat peluang ini.
Objektif saya mewujudkan laman ini adalah untuk menyampaikan infomasi dan khidmat kepada bakal-bakal ahli dan pre-enrollee di dalam usaha untuk memahami secara terperinci mengenai bisnes internet VeMMA.
Saya mula berminat untuk menjalankan bisnes ini kerana saya merasakan amat perlu untuk mencari pendapatan tambahan untuk menampung kos hidup sekeluarga yang semakin meningkat disamping sebagai persiapan untuk menghadapi hari persaraan. Di samping itu, bisnes ini amat sesuai dengan kemahuan saya kerana saya tidak perlu keluar rumah. Sehubungan itu, saya boleh berada bersama keluarga di rumah untuk memantau aktiviti anak-anak sambil menjalankan bisnes internet.
Vemma ialah bisnes internet yang menyediakan kemudahan internet seperti sistem online office assistant iaitu vemmabuilder yang memudahkan bisnes anda. Ianya menjimatkan masa dan sistem yang amat teratur. Selain dari tu, Vemma mempunyai produk yang terbaik di dunia yang terbukti boleh membantu memelihara kesihatan diri anda. Kesimpulannya, Vemma menyediakan program nutrisi kesihatan diri disamping program peluang perniagaan kepada mereka yang benar-benar ingin berjaya sebagai usahawan internet.
Sungguhpun begitu, tanpa usaha dan perancangan yang teratur, sudah tentu sukar untuk mendapat kejayaan yang diimpikan. Oleh itu, usaha dan perancangan dan kesabaran amat perlu bagi menjamin kejayaan dalam bisnes ini.
Insya Allah, semoga semua yang terlibat dalam bisnes ini memperolehi kejayaan yang dicita-citakan.


0 comments:
Post a Comment